SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.


Join the forum, it's quick and easy

SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.

SABAH

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

+12
lily_lady2326
yeokok_rosse@nanacey
saf zkuga
SyaLizz
~gadizmanja86~
gundave85
Tribe_HunterKings
(¯`•Ðëår.LÿñÑ•´¯)
cheunited
(¯°o.Þeñg§em.o°¯)
stubborngurlz_yoyo
warna_hot
16 posters

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    warna_hot
    warna_hot
    Laftenen
    Laftenen


    Female
    Number of posts : 409
    Age : 39
    Location : petaling jaya selangor
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue200 / 100200 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-13

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by warna_hot Mon Feb 02, 2009 4:35 pm

    "Oleh lambunau"

    Membaca tulisan-tulisan saya yang pernah disiarkan di TKO ini, pasti ramai melabelkan saya sebagai anti semenanjung. Perasaan tidak senang yang wujud dikalangan orang sabah sebenarnya bukanlah pada orang semenanjung secara individu tetapi pada cara dan dasar pemerintahan/pentadbiran persekutuan yang berpusat di semenanjung.

    Tanggapan bahawa saya mewakili orang Sabah yang anti semenanjung wujud selepas tersiarnya artikel Kisah Dari Sabah. Seperti yang saya nyatakan dalam artikel tersebut, isu siaran tv hanyalah satu daripada isu kecil. Saya belum lagi menulis mengenai keadaan jalanraya, bekalan air dan elektrik di Sabah. Mengapa saya tidak boleh membandingkan dengan negeri yang lebih maju?



    Secara peribadi saya nyatakan ramai ahli keluarga saya yang berasal dari semenanjung, saya mempunyai 5 orang abang/kakak ipar orang semenanjung. Kalau kami anti semenanjung, mungkinkah kami kan menerima orang semenanjung menjadi ahli keluarga.

    Dengan kekayaan hasil bumi yang saya yakin lebih daripada negeri lain di semenanjung hatta selangor sendiri pada masa penubuhan Malaysia, mengapa Sabah tetap jauh ketinggalan.


    Perasan tidak senang ini timbul akibat terlalu banyak unsur diskriminasi yang dilakukan terhadap negeri Sabah dan anak-anak Sabah. Terlalu banyak perkara yang boleh menjadi contoh untuk menyokong hujah ini.



    Perbezaan Elaun Kakitangan Awam


    Saya ambil contoh terdekat yang berkaitan dengan bidang saya sendiri untuk lebih jelas lagi. Guru-guru dari semenanjung mendapat durian runtuh apabila ditempatkan bertugas di Sabah. Elaun khas yang diperoleh mereka dijumlahkan dengan gaji pokok sahaja boleh menandingi malah ada yang mengatasi pendapatan guru tempatan (orang Sabah) yang sepuluh tahun lebih senior daripada mereka, walaupun mempunyai kelayakan akademik dan ikhtisas yang sama.


    Adakah wajar mereka memperoleh elaun perumahan hingga rm700-rm800 di kawasan pedalaman yang purata kadar sewa rumah hanyalah sekitar rm300-400 (malah ada yang lebih murah sekiranya tahu bergaul dengan orang tempatan) berbanding dengan kami guru berasal dari Sabah yang bertugas di semenanjung (saya dihantar ke sebuah negeri maju yang sekiranya pendapatan RM1500 ke bawah boleh ditafsirkan sebagai miskin) hanya layak mendapat elaun perumahan rm400-rm600. Saya sendiri cuma layak menerima elaun perumahan sebanyak rm450 sahaja, bagi rakan-rakan di kawasan lebih maju seperti Puchong mereka mendapat elaun perumahan cuma rm600 sahaja. Bagi yang masih bujang memang tidak bermasalah kerana boleh berkongsi dengan rakan membayar sewa rumah. Bagaimana pula mereka yang telah berumahtangga?


    Rakan-rakan di sini mengatakan kami beruntung mendapat pelbagai faedah kerana bertugas seberang laut, tetapi apakah lebih beruntung berbanding mereka yang dihantar ke Sabah? Di Sabah, dengan sewa rm400 ke atas mereka yang berasal dari semenanjung mampu untuk menabung sebahagian daripada pendapatan mereka kerana kos sara hidup lebih murah di Sabah berbanding di semenanjung. Di Sabah yang saudara hjmahat kata boleh sesat di kota kinabalu, tidak ada jalanraya yang bertol. Pergilah sahaja ke mana sahaja tidak ada samseng berlesen ( yang mendapat lesen samseng jalanan dari kerajaan) yang menanti untuk meminta duit kalau kita nak lalu.


    Saya masih ingat lagi kata-kata pengarah pelajaran Selangor semasa kami mula-mula tiba di sini, 'elaun tuan-tuan lebih rendah kerana di Sabah kos sara hidupnya tinggi".. itulah jawapan apabila ada yang mempersoalkan kenapa ada perbezaan elaun, seolah-olah tinggal di negeri maju ini lebih rendah kos sara hidupnya. Tetapi tidak pula beliau menyatakan tinggi rendahnya kos sara hidup di selangor.


    Melihat dari segi itu pun sudah nyata ketidakadilan terhadap anak-anak Sabah. Itu baru satu contoh yang sebenarnya masih panjang lagi huraiannya tetapi kita perlu beralih kepada contoh lain pula.


    Kemajuan Bandar


    Selama merdeka, bandar-bandar di Sabah yang dikenali hanyalah Kota Kinabalu, Sandakan, Labuan (kini bukan milik Sabah lagi), dan Tawau. Tempat-tempat lain rasanya belum layak digelar sebagai bandar jika dibandingkan dengan bandar-bandar di semenanjung. Pergilah ke Kudat, Beaufort, Keningau, Tenom, dan banyak lagi, itulah rupa bandar/pekan bagi kami orang Sabah. Belum lagi di sebut Bongawan, Membakut, Kuala Penyu, Sikuati, Tungku (sekadar menyebut beberapa nama), dan banyak lagi pekan-pekan kecil yang mungkin tidak pernah dikenali oleh saudara-saudara.


    Tiada apa yang hendak dibanggakan selain daripad keharmonian pelbagai kaum hidup dalam suasana aman tanpa ada puak-puak berasaskan kesukuan. Mungkin itu sebahagian hikmah bandar yang tidak maju, masyarakat lebih saling mengenali, dan kadar jenayah tidak setinggi di negeri maju. Itu sahaja fakta bandar/pekan kebanggaan anak Sabah.



    Pelaburan/Perindustrian


    Sabah boleh dimajukan sebenarnya walaupun tidak semaju negeri-negeri maju di semenanjung. Sekiranya Sabah mempunyai kawasan perindustrian seperti yang ada di semenanjung, ia pasti akan menjejaskan kepesatan industri di semenanjung kerana tenaga buruh yang banyak dan murah serta keluasan kawasan yang berpotensi akan menarik ramai pelabur sedia ada di semenanjung untuk memindahkan pelaburan mereka ke Sabah.



    Perladangan


    Kebanyakkan ladang-ladang kelapa sawit yang besar dimiliki oleh individu atau syarikat yang berasal dari semenanjung. Pekerja ladang pula lebih ramai pendatang asing. Apakah untungnya kepada anak-anak Sabah? Bukankah itu namanya bumi dipijak milik orang?


    Seperti yang pernah didedahkan oleh saudara Abdul Rahman Yakub (bekas calon PKR bagi DUN Klias dalam PRU12) dalam kempen pilihanraya 2004, pegawai-pegawai FELDA di Sabah bukanlah terdiri daripada anak-anak Sabah walaupun FELDA mendapat tanah ladang dari kerajaan Sabah secara percuma. Tidak adakah unsur keraguan dalam perkara tersebut, baiknya hati pemimpin Sabah memberikan tanah secara percuma dengan tidak membawa keuntungan kepada rakyat tempatan.


    Pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang berasal dari semenanjung berbahagi tanah di Sabah untuk membuka ladang-ladang kelapa sawit. Salah satu yang terbongkar ialah kes Bekas Ketua Polis Sabah yang dituduh menyalahguna kuasa melawat ladang sawitnya dengan helikopter kerajaan. Bayangkan betapa luasnya ladang hingga memerlukan helikopter untuk meninjau.



    Penutup


    Pasti ada yang akan mempersoalkan bahawa bukan kerajaan persekutuan sahaja yang bertanggungjawab dalam soal pembangunan di Sabah. Ya, saya akui perkara tersebut. Perkara ini terjadi kerana ramainya pemimpin dalam kerajaan Sabah yang tidak mempunyai taraf pendidikan yang membanggakan tetapi diangkat sebagai pemimpin oleh kerajaan persekutuan sama ada sebagai pemimpin negeri juga sebagai menteri persekutuan. Apakah agaknya agenda BN melantik Tun Sakaran Dandai sebagai Ketua Menteri sebaik sahaja BN menjadi kerajaan di Sabah pada tahun 1994. Tidakkah anda melihat ada agenda tersembunyi disitu?


    Pemimpin yang tidak mempunyai asas pendidikan tinggi ini mudah untuk diperbudakkan dan kurang intergriti untuk tetap dalam perjuangan. Perjuangan asal untuk rakyat bertukar menjadi perjuangan untuk diri sendiri. Kerajaan PBS ditumbangkan oleh UMNO kerana adanya pemimpin sebegini. Terbaru, sekian ramai ahli parlimen di Sabah, orang yang berkelulusan SRP juga yang dilantik menjadi Timbalan Menteri. Jangan sampai orang ini pula yang menumbangkan kerajaan zalim BN.


    Saya berdoa dan berharap sekiranya Pakatan Rakyat yang berteraskan keadilan menjadi pemerintah, ruang-ruang diskriminasi ini tidak lagi wujud kerana kita semua adalah rakyat Malaysia.

    Sekali lagi saya nyatakan, saya bukan anti semenanjung kerana bagi saya kita semua adalah sama-sama anak Malaysia. Apa yang diharapkan bukan simpati, tetapi pengertian dan pemahaman sauara-saudara di semenanjung yang kurang jelas dengan Sabah.


    Anak Sabah Anak MaLaYsIa

    p/s... tujuan sy mem'post'kan artikel ini bukan la atas sebab utk menyokong mana2 pihak akan tetapi hanya sekadar berkongsi pengetahuan am tentang apa yang berlaku kepada sesetengah komuniti di dalam negara kita..
    warna_hot
    warna_hot
    Laftenen
    Laftenen


    Female
    Number of posts : 409
    Age : 39
    Location : petaling jaya selangor
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue200 / 100200 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-13

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by warna_hot Tue Feb 03, 2009 10:58 am

    Perbezaan Elaun Kakitangan Awam


    ini baru perbezaan antara kakitangan d sektor kerajaan... terus terang sy katakan di sini isu tentang perbezaan layanan kerajaan terhadap kakitangannya tdk la seketara dengan isu layanan majikan (perniagaan swasta) di antara pekerja cina dgn melayu..
    baru2 ini kecoh di tempat keja sy apabila segelintir pekerja melayu hanya mendapat bonus 1/2 bulan sahaja..sedangkan pekerja2 cina yang lain mendapat 1 bulan... alasan yg di beri ialah ''global economic downturn and worldwide financial crisis"

    tapi...kenapa mesti ada perbezaan pemberian bonus antara pekerja cina dgn melayu?? hanya kerana mereka akan meraya 'kong xi fatt chai'..??? ermm...mentang2 la boss besar org cina kan..so sure dorang dpt keistimewaan...

    mau harap org melayu dapat bonus time mau dekat hari raya aidilfitri?? hempeh!!! jangan la harap..

    apa2 hal pun..tahan jak la..selagi tiada tawaran kerja yang lagi bagus terpaksa la telan jak pait langsung teda manis ni..asalkan ada KWSP.. idea! ... Smile
    bukan apa2 cuma ingat zaman tua2 nanti ja...
    stubborngurlz_yoyo
    stubborngurlz_yoyo
    Laftenen
    Laftenen


    Female
    Number of posts : 838
    Age : 34
    Location : tawau (qunak)
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue10 / 10010 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2009-01-06

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by stubborngurlz_yoyo Tue Feb 03, 2009 11:15 am

    erm sia tdk tau mcm mn mau ckp Very Happy nti jd isu senstf pula kn
    tp sis hot Tuhan tu adil....
    so apa2 pun yg berlaku kita serah kn jak kpd Tuhan biar apa yg terjd sesuai dgn rencanaNYA idea!
    (¯°o.Þeñg§em.o°¯)
    (¯°o.Þeñg§em.o°¯)
    Forum Addicted
    Forum Addicted


    Male
    Number of posts : 4063
    Age : 39
    Location : d mana2 aku sll stay d c2 la..
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue50 / 10050 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2009-01-28

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by (¯°o.Þeñg§em.o°¯) Tue Feb 03, 2009 12:00 pm

    adeh km ni..
    c'mon la..take that as challenge..
    (¯°o.Þeñg§em.o°¯)
    (¯°o.Þeñg§em.o°¯)
    Forum Addicted
    Forum Addicted


    Male
    Number of posts : 4063
    Age : 39
    Location : d mana2 aku sll stay d c2 la..
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue50 / 10050 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2009-01-28

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by (¯°o.Þeñg§em.o°¯) Tue Feb 03, 2009 12:01 pm

    klu bkn sabah n serawak lm sdh tumbang kn BN ni..ehehe
    cheunited
    cheunited
    Laftenen
    Laftenen


    Male
    Number of posts : 986
    Age : 37
    Location : reaper town
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue279 / 100279 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-12-16

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by cheunited Tue Feb 03, 2009 12:46 pm

    :thinking: susah mau cakap. panjang lebar nanti aku beceramah ni
    (¯`•Ðëår.LÿñÑ•´¯)
    (¯`•Ðëår.LÿñÑ•´¯)
    Sabahan Welcomer
    Sabahan Welcomer


    Female
    Number of posts : 7712
    Age : 37
    Location : Atas Pokok Tarap.ekekek..
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue90 / 10090 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-10-21

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by (¯`•Ðëår.LÿñÑ•´¯) Tue Feb 03, 2009 1:35 pm

    scratch ermmm napa brang2 skrg semua mahal
    Tribe_HunterKings
    Tribe_HunterKings
    Kadet
    Kadet


    Male
    Number of posts : 1
    Age : 40
    Location : Di Tengah Pergunungan
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue0 / 1000 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2009-02-04

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by Tribe_HunterKings Wed Feb 04, 2009 3:06 am

    Suda lama berlaku semenjak datangnya Amino ke sabah..... monkey Sad
    gundave85
    gundave85
    Sabahan Miner
    Sabahan Miner


    Male
    Number of posts : 1752
    Age : 38
    Location : siring belah kanan bahu jalan foh sang...
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue0 / 1000 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-12-04

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by gundave85 Wed Feb 04, 2009 8:35 am

    memang lama sda ni sarita ni diskriminasi begitu...bukan d tempat kita saja tp seluruh negara pun begitu...
    Semua orang memang akan tak puas hati kalo tguk orang idup lebih senang dari derang...(mula sda mengumpat)
    Semua bangsa dan agama x suka jika ideologi dan pemahaman mereka dipersoalkan(masih banyak begitu skrg)
    Crying or Very sad
    Setiap orang akan mempersoalkan warna kulit , agama, bangsa, hensem@cantik ka seseorang tu..cthnya kalo ceting la mna2 channel..x semua la..tp mmg ada..cthnya menanyakan umur, bangsa dan agama, kalo x sepadan dengan dia trus temo chat sma orang....kalo yg tguk muka x ensem/cantik pn temo chat jgk Crying or Very sad
    Jadi, fikir2 kan lah ah.... :korek: :korek:

    p/s: Amino tu apa ah?? :korek: UMNO kaitu?? :hide:
    ~gadizmanja86~
    ~gadizmanja86~
    Kopral
    Kopral


    Female
    Number of posts : 41
    Age : 37
    Location : Atas Bukit Umah Putih..Ada Tiang Depan Umah..
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue100 / 100100 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2009-01-12

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by ~gadizmanja86~ Wed Feb 04, 2009 9:16 am

    Readrules Emm...apa arrr...
    avatar
    SyaLizz
    Sabahan Addict!
    Sabahan Addict!


    Female
    Number of posts : 3947
    Age : 66
    Location : dalam lappy
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue89 / 10089 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-12-13

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by SyaLizz Wed Feb 04, 2009 10:15 am

    Like a Star @ heaven hmm..mmg betul bha tuh ms.warna..
    Like a Star @ heaven wpun bf aku urg semenanjung(pahang) aku ttp akan cakap benda yg sama..
    Like a Star @ heaven tuh perpulang pada seseorg larh..tpi kbnykan nya cmtu la..
    saf zkuga
    saf zkuga
    Sabahan Sporty
    Sabahan Sporty


    Male
    Number of posts : 5100
    Age : 38
    Location : kota kinabalu
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue0 / 1000 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2009-01-30

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by saf zkuga Wed Feb 04, 2009 10:21 am

    [quote="warna_hot"]"Oleh lambunau"



    Saya ambil contoh terdekat yang berkaitan dengan bidang saya sendiri untuk lebih jelas lagi. Guru-guru dari semenanjung mendapat durian runtuh apabila ditempatkan bertugas di Sabah. Elaun khas yang diperoleh mereka dijumlahkan dengan gaji pokok sahaja boleh menandingi malah ada yang mengatasi pendapatan guru tempatan (orang Sabah) yang sepuluh tahun lebih senior daripada mereka, walaupun mempunyai kelayakan akademik dan ikhtisas yang sama.


    Adakah wajar mereka memperoleh elaun perumahan hingga rm700-rm800 di kawasan pedalaman yang purata kadar sewa rumah hanyalah sekitar rm300-400 (malah ada yang lebih murah sekiranya tahu bergaul dengan orang tempatan) berbanding dengan kami guru berasal dari Sabah yang bertugas di semenanjung (saya dihantar ke sebuah negeri maju yang sekiranya pendapatan RM1500 ke bawah boleh ditafsirkan sebagai miskin) hanya layak mendapat elaun perumahan rm400-rm600. Saya sendiri cuma layak menerima elaun perumahan sebanyak rm450 sahaja, bagi rakan-rakan di kawasan lebih maju seperti Puchong mereka mendapat elaun perumahan cuma rm600 sahaja. Bagi yang masih bujang memang tidak bermasalah kerana boleh berkongsi dengan rakan membayar sewa rumah. Bagaimana pula mereka yang telah berumahtangga?


    kalau yg inii....... :thinking:

    apa kata orang2 sabah naikkan kadar sewa rumah drpd rm300-400 kpd rm800-1000......... gelak!
    gundave85
    gundave85
    Sabahan Miner
    Sabahan Miner


    Male
    Number of posts : 1752
    Age : 38
    Location : siring belah kanan bahu jalan foh sang...
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue0 / 1000 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-12-04

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by gundave85 Wed Feb 04, 2009 10:27 am

    diskriminasi jgk tu jo saf zkuga...sma jgk cerita... :korek: :korek:
    saf zkuga
    saf zkuga
    Sabahan Sporty
    Sabahan Sporty


    Male
    Number of posts : 5100
    Age : 38
    Location : kota kinabalu
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue0 / 1000 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2009-01-30

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by saf zkuga Wed Feb 04, 2009 10:31 am

    sama2 laba....... pirat
    stubborngurlz_yoyo
    stubborngurlz_yoyo
    Laftenen
    Laftenen


    Female
    Number of posts : 838
    Age : 34
    Location : tawau (qunak)
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue10 / 10010 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2009-01-06

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by stubborngurlz_yoyo Wed Feb 04, 2009 10:34 am

    gundave85 wrote:memang lama sda ni sarita ni diskriminasi begitu...bukan d tempat kita saja tp seluruh negara pun begitu...
    Semua orang memang akan tak puas hati kalo tguk orang idup lebih senang dari derang...(mula sda mengumpat)
    Semua bangsa dan agama x suka jika ideologi dan pemahaman mereka dipersoalkan(masih banyak begitu skrg)
    Crying or Very sad
    Setiap orang akan mempersoalkan warna kulit , agama, bangsa, hensem@cantik ka seseorang tu..cthnya kalo ceting la mna2 channel..x semua la..tp mmg ada..cthnya menanyakan umur, bangsa dan agama, kalo x sepadan dengan dia trus temo chat sma orang....kalo yg tguk muka x ensem/cantik pn temo chat jgk Crying or Very sad
    Jadi, fikir2 kan lah ah.... :korek: :korek:

    p/s: Amino tu apa ah?? :korek: UMNO kaitu?? :hide:
    :thinking: memang ini la fenomena yg selalu sia tau... :pisang: 1st tu tnya umo la bangsa apa la :pisang: ... knpa kita chat ni mesti dgn yg sepadan dgn kita jak ka :thinking:
    bukan ka dasar malaysia 'negara yg demokrasi'... :thinking:
    then one more... kita idup d dlm negara yg pelbagai kaum :ewah: so apa slh kita kawan dg semua tdk slh kn? :pisang:
    bnda ni sama jak apa yg berlaku p rakyat sabah n sarawak :korek:
    :hide: sia tdk mau ckp lbh :korek: nnti salah fakta :miow:
    saf zkuga
    saf zkuga
    Sabahan Sporty
    Sabahan Sporty


    Male
    Number of posts : 5100
    Age : 38
    Location : kota kinabalu
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue0 / 1000 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2009-01-30

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by saf zkuga Wed Feb 04, 2009 10:37 am

    sy pny kwn bnyk dr swk n semnjung jg...... Smile

    x terasa mcm ada diskriminasi jg.............. lool

    biasa jak...... idea!

    tp ada tempat2 tertentu la di semnjung yg orng2 dia x suka bergaul sma org sabah..... :korek:

    jeng jeng jeng....... :wee:

    d mana tu ar.......lu fikir la senidri........ :thinking:
    gundave85
    gundave85
    Sabahan Miner
    Sabahan Miner


    Male
    Number of posts : 1752
    Age : 38
    Location : siring belah kanan bahu jalan foh sang...
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue0 / 1000 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-12-04

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by gundave85 Wed Feb 04, 2009 11:03 am

    saf zkuga...sila tguk filem "budak kelantan"... gelak! gelak!
    ada orang Sabah tu sna gelak!
    avatar
    SyaLizz
    Sabahan Addict!
    Sabahan Addict!


    Female
    Number of posts : 3947
    Age : 66
    Location : dalam lappy
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue89 / 10089 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-12-13

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by SyaLizz Wed Feb 04, 2009 11:23 am

    Like a Star @ heaven entah la apa nak jadi.. :malas:
    yeokok_rosse@nanacey
    yeokok_rosse@nanacey
    Sabahan Welcomer
    Sabahan Welcomer


    Female
    Number of posts : 10742
    Age : 75
    Location : keY keY lanD belOw da wiNd
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue88 / 10088 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-11-11

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by yeokok_rosse@nanacey Wed Feb 04, 2009 11:33 am

    :malas:...bagi sa hidup lebih aman andai kita tidak terlalu memikirkan 'PERIHAL SABAH-SEMENANJUNG'...janji kita hidup dlm 1 negara 'MALAYSIA'....so, terpulang pd pandangan masing2....idea!..( xnk ulas panjang2..danger..:hide:...)
    (¯°o.Þeñg§em.o°¯)
    (¯°o.Þeñg§em.o°¯)
    Forum Addicted
    Forum Addicted


    Male
    Number of posts : 4063
    Age : 39
    Location : d mana2 aku sll stay d c2 la..
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue50 / 10050 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2009-01-28

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by (¯°o.Þeñg§em.o°¯) Wed Feb 04, 2009 11:38 am

    yeokok_rosse@nanacey wrote::malas:...bagi sa hidup lebih aman andai kita tidak terlalu memikirkan 'PERIHAL SABAH-SEMENANJUNG'...janji kita hidup dlm 1 negara 'MALAYSIA'....so, terpulang pd pandangan masing2....idea!..( xnk ulas panjang2..danger..:hide:...)


    yala..btl jgk kn ko ckp 2.. Cool
    lily_lady2326
    lily_lady2326
    Sabahan Addict!
    Sabahan Addict!


    Female
    Number of posts : 2717
    Age : 33
    Location : di saaaaaaNa~
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue7 / 1007 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-20

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by lily_lady2326 Wed Feb 04, 2009 11:39 am

    Sad sy slalu kana tere kalu sakap sabah...
    saf zkuga
    saf zkuga
    Sabahan Sporty
    Sabahan Sporty


    Male
    Number of posts : 5100
    Age : 38
    Location : kota kinabalu
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue0 / 1000 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2009-01-30

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by saf zkuga Wed Feb 04, 2009 11:40 am

    gundave85 wrote:saf zkuga...sila tguk filem "budak kelantan"... gelak! gelak!
    ada orang Sabah tu sna gelak!

    Smile

    tau ko ar....... confused

    bukan laba smua mcm tu...... :korek:
    yeokok_rosse@nanacey
    yeokok_rosse@nanacey
    Sabahan Welcomer
    Sabahan Welcomer


    Female
    Number of posts : 10742
    Age : 75
    Location : keY keY lanD belOw da wiNd
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue88 / 10088 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-11-11

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by yeokok_rosse@nanacey Wed Feb 04, 2009 12:03 pm

    pengsem wrote:
    yeokok_rosse@nanacey wrote::malas:...bagi sa hidup lebih aman andai kita tidak terlalu memikirkan 'PERIHAL SABAH-SEMENANJUNG'...janji kita hidup dlm 1 negara 'MALAYSIA'....so, terpulang pd pandangan masing2....idea!..( xnk ulas panjang2..danger..:hide:...)


    yala..btl jgk kn ko ckp 2.. Cool

    Smile....hehehe..tq....xnk sa ulas panjang2.....janji, sa org sabah n tahu adat2 sabah n asal usul sa yg berasal dr sabah...apa2 kaitan ngan semenanjung adalah hal kedua...biar sa 'kembangkan' sabah sendiri supaya kita org sabah akan sama2 maju.....idea!
    saf zkuga
    saf zkuga
    Sabahan Sporty
    Sabahan Sporty


    Male
    Number of posts : 5100
    Age : 38
    Location : kota kinabalu
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue0 / 1000 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2009-01-30

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by saf zkuga Wed Feb 04, 2009 12:08 pm

    betul betul betul.............. Very Happy
    yeokok_rosse@nanacey
    yeokok_rosse@nanacey
    Sabahan Welcomer
    Sabahan Welcomer


    Female
    Number of posts : 10742
    Age : 75
    Location : keY keY lanD belOw da wiNd
    Popular :
    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Left_bar_bleue88 / 10088 / 100Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-11-11

    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by yeokok_rosse@nanacey Wed Feb 04, 2009 12:23 pm

    Embarassed

    Sponsored content


    Diskriminasi Terhadap Orang Sabah? Empty Re: Diskriminasi Terhadap Orang Sabah?

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Mon May 20, 2024 5:30 am