SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.


Join the forum, it's quick and easy

SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.

SABAH

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

    Lelaki humban isteri kena hukum mati

    (¯°o.Þeñg§em.o°¯)
    (¯°o.Þeñg§em.o°¯)
    Forum Addicted
    Forum Addicted


    Male
    Number of posts : 4063
    Age : 39
    Location : d mana2 aku sll stay d c2 la..
    Popular :
    Lelaki humban isteri kena hukum mati Left_bar_bleue50 / 10050 / 100Lelaki humban isteri kena hukum mati Right_bar_bleue

    Registration date : 2009-01-28

    Lelaki humban isteri kena hukum mati Empty Lelaki humban isteri kena hukum mati

    Post by (¯°o.Þeñg§em.o°¯) Wed May 27, 2009 11:17 am

    SINGAPURA: Lelaki yang menghumban isterinya dari tingkat 13 sebuah
    blok di Stirling Road dua tahun lalu dijatuhi hukuman mati semalam.


    Dalam keputusan terhadap Tharema Vejayan Govindasamy atas
    kesalahan membunuh, Hakim Tay Yong Kwang berkata hujah yang menyatakan
    mangsa, Smaelmeeral Abdul Aziz, seorang operator pengeluaran berusia 32
    tahun, kemungkinan membunuh diri tidak disokong dengan bukti.


    Mahkamah juga tidak yakin dengan alasan Tharema bahawa dia
    mengalami delusi yang teruk atau pemikiran yang bukan-bukan disebabkan
    ilmu hitam.




    Peguam bela, S Radakrishnan, turut mengemukakan alasan bahawa Tharema mabuk teruk dan tidak sedar apa yang dilakukannya.


    Ketika memberikan keterangan, tertuduh, seorang pekerja buruh
    berusia 40 tahun, mendakwa iparnya, Hametah Abdul Aziz, menggunakan
    'santau' untuk memusnahkan rumah tangganya kerana dia enggan memeluk
    Islam.


    Keluarga Hametah beragama Islam sementara Tharema adalah penganut Hindu, lapor laman web The Straits Times semalam.







    Tharema mendakwa serangan ilmu hitam itu menyebabkan dia sering
    mendengar suara dan menghadapi penglihatan kabur kerana ada tompok
    hitam yang menjejaskan penglihatannya.


    Tertuduh cuba mendapatkan bantuan bomoh di sini, Batam dan Johor tetapi mereka tidak dapat membantunya.


    Pada ketika anak keduanya dilahirkan pada November 2005, rumah tangga Tharema mula retak.


    Pasangan berkenaan selalu bergaduh dan Tharema juga sering memukul isterinya.





    Mangsa juga pernah menjumpai suaminya tidur bersama seorang wanita lain dalam rumah pangsa mereka di Jurong West.


    Perbuatan memukul itu menyebabkan mangsa keluar rumah dan
    mengadakan hubungan bersama dua lelaki lain sementara menunggu kes
    perceraian mereka diselesaikan.

      Current date/time is Mon May 20, 2024 1:33 am