SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.


Join the forum, it's quick and easy

SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.

SABAH

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

3 posters

    UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

    IzuaL
    IzuaL
    Admin
    Admin


    Male
    Number of posts : 1655
    Age : 97
    Popular :
    UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ Left_bar_bleue8 / 1008 / 100UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-10-31

    UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ Empty UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

    Post by IzuaL Mon Jun 08, 2009 11:02 am

    UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

    Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),Terutamanya pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri kesetabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti:

    * Pemasangan "air spoiler'' dibahagian hadapan dan belakang.
    * Pemasangan ''side skirt'', ''aerofoil'' dan ''door visor'' pada kereta.
    * Pemasangan ''protecting guards'' pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
    * Pengubahsuaian kecil pada jeriji radiotor,bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu.
    * Pengubahsuaian kecil dan melebarkan jarak tayar atau penahan lumpur.
    * Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (samaada jenis keluli atau fibreglass) pada bahagian hadapan dan belakang.
    * Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
    * Pemasangan para bumbung.
    * Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber).
    * Pemasangan sun roof diatas bumbung.
    * Pemasangan sportlight atau lampu halogen (berwarna putih atau kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu sedia ada.



    Walau bagaimanapun, pengubahsuaian kecil dan pemasangan aksesori-aksesori ini hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988.

    Contohnya:-

    -Sekiranya air spoiler, aerofoil atau side skirt dipasang, ianya tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.

    -Sekiranya door visor dipasang, ianya tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi.

    -Sekiranya rim atau tayar lebar digunakan, ianya mesti ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau mudflaps.

    -Sekiranya protecting guards dipasang, ianya tidak boleh menutupi lampu-lampu kenderaan. Tidak dibenarkan bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm. Di samping itu lebar keseluruhan tidak boleh melebihi lebar kereta yang asal.

    -Sekiranya tambahan bumper besar atau protecting guards dipasang, lebihan bahagian hadapan dan belakang tidak boleh melebihi 50% dari bes roda kenderaan.

    -Jarak headlamps dan lampu isyarat tidak boleh melebihi 300mm dan 400mm masing-masing diukur dari badan yang terlebar selepas pengubahsuaian.

    -Sekiranya para bumbung dipasang, ianya tidak boleh melebihi panjang bumbung, atau lebar kenderaan atau ketinggian 400mm diukur dari bahagian teratas para bumbung.

    -Pemasangan alat kelengkapan tambahan yang tidak dibenarkan

    -Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.

    -Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.

    -Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.

    -Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta.

    -Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70%.

    Nota: Walau bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20% dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan boleh dibenarkan.
    (¯°o.Þeñg§em.o°¯)
    (¯°o.Þeñg§em.o°¯)
    Forum Addicted
    Forum Addicted


    Male
    Number of posts : 4063
    Age : 39
    Location : d mana2 aku sll stay d c2 la..
    Popular :
    UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ Left_bar_bleue50 / 10050 / 100UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ Right_bar_bleue

    Registration date : 2009-01-28

    UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ Empty Re: UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

    Post by (¯°o.Þeñg§em.o°¯) Mon Jun 08, 2009 12:40 pm

    :best:
    avatar
    adeebaffandy
    Kadet
    Kadet


    Male
    Number of posts : 1
    Age : 28
    Popular :
    UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ Left_bar_bleue70 / 10070 / 100UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ Right_bar_bleue

    Registration date : 2011-10-16

    UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ Empty Re: UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

    Post by adeebaffandy Sun Oct 16, 2011 10:58 pm

    saya tak faham tentang lampu biru,hijau tu...mcam mane..adakah ia bole digunakan oleh semua jenis kereta...?

    Sponsored content


    UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ Empty Re: UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Thu May 09, 2024 7:02 am