SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.


Join the forum, it's quick and easy

SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.

SABAH

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

5 posters

    Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama

    IzuaL
    IzuaL
    Admin
    Admin


    Male
    Number of posts : 1655
    Age : 97
    Popular :
    Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Left_bar_bleue8 / 1008 / 100Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-10-31

    Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Empty Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama

    Post by IzuaL Mon Jun 08, 2009 11:29 am

    ** Jika Anda Menyimpan/Meninggalkan "Cinta Anda/Nyawa Ke-2 (Kereta)" Ketika Bercuti.

    ADA ketikanya anda ada urusan di luar negara dan terpaksa meninggalkan
    kereta berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Anda mungkin berasa
    bimbang kereta anda rosak dan prestasi menurun kerana tidak dihidupkan
    enjinnya.

    Bagi sebahagian orang kereta bukan sekadar alat
    pengangkutan, tetapi sebagai koleksi yang sangat disayangi. Ada yang
    jarang menggunakannya hingga diletakkan dalam garaj untuk tempoh yang
    lama.

    Jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh
    yang lama ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar dihidupkan.

    Ada beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam jangka waktu lama sama ada
    dalam masa enam bulan hinggalah setahun tanpa mengurangkan prestasinya.
    Jika anda berhadapan dengan situasi itu, apa yang paling utama ialah
    meletakkan kenderaan di garaj yang kering dan redup.

    Selain itu ikuti beberapa langkah yang harus dilakukan. Langkah pertama ialah
    mencabut kabel bateri kenderaan. Ia untuk mematikan arus bateri
    kenderaan, jika ditinggalkan terlalu lama bateri kenderaan boleh
    menjadi lemah.

    Isi penuh tangki bahan bakar jika anda
    menyimpan kenderaan lebih dari satu tahun, bertujuan mengatasi masalah
    wap, kerosakan disebabkan air dan pembentukan karat. Sebelum anda
    menyimpan kenderaan, gantikan minyak enjin dan penapisnya.

    Titiskan minyak enjin baru ke selinder untuk memberi lapisan perlindungan kepada
    selinder berkenaan. Anda juga perlu mengeringkan semua sistem pendingin
    untuk mengelakkan karat berlaku pada bahagian itu. Ia juga untuk
    mencegah masalah akibat cairan penyejuk ataupun hubungan dengan
    aluminium.

    Jangan sesekali mengeringkan penyejuk radiotor.
    Jika usia penyejuk sudah satu setengah tahun, gantikan dengan yang
    baru. Isi penuh minyak brek. Tukar jika ia melebihi dua tahun. Minyak
    yang sudah lama akan merosakkan komponen logam.

    Untuk mengelakkan kerosakan pada penyerap hentak kenderaan, tual
    keempat-empat rodanya untuk merehatkan tayar, bearing dan komponen
    penyerap hentak yang lain.

    Selimutkan kereta anda dengan kain,
    jangan lupa membuka sedikit cermin tingkap untuk memberikan ruang udara
    keluar masuk. Berdasarkan maklumat berkenaan ia membantu anda untuk
    mengatasi masalah terhadap kenderaan apabila ditinggalkan untuk suatu
    tempoh yang lama.
    (¯°o.Þeñg§em.o°¯)
    (¯°o.Þeñg§em.o°¯)
    Forum Addicted
    Forum Addicted


    Male
    Number of posts : 4063
    Age : 39
    Location : d mana2 aku sll stay d c2 la..
    Popular :
    Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Left_bar_bleue50 / 10050 / 100Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Right_bar_bleue

    Registration date : 2009-01-28

    Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Empty Re: Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama

    Post by (¯°o.Þeñg§em.o°¯) Mon Jun 08, 2009 12:28 pm

    mcm mana klu minyak enjin pandai hbs sendiri? setiap kali isi seminggu lg minyak enjin 2 hbs sdh..apa rosaknya 2 a?
    JYNN
    JYNN
    Orang Lama
    Orang Lama


    Female
    Number of posts : 391
    Age : 113
    Location : Bukit Padang United
    Popular :
    Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Left_bar_bleue100 / 100100 / 100Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-21

    Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Empty Re: Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama

    Post by JYNN Mon Jun 08, 2009 3:56 pm

    enjin ko leaking tu penk..bagus ko cari tampal koyok cepat2, kasi tampal dia..
    SABAH
    SABAH
    Admin
    Admin


    Male
    Number of posts : 748
    Age : 41
    Location : Papar - Kota Kinabalu -Kudat
    Popular :
    Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Left_bar_bleue100 / 100100 / 100Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-01

    Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Empty Re: Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama

    Post by SABAH Mon Jun 08, 2009 4:16 pm

    JYNN wrote:enjin ko leaking tu penk..bagus ko cari tampal koyok cepat2, kasi tampal dia..

    Agree juga sa.. mungkin kalau dia tak jalan pun minyak enjin abis perlu cek mungkin ada berlaku keobcoran.. tapi kalau keta tu jalan.. elok pegi tanya ke woksop.. sa rasa mungkin perlu servis suda tu.. bilang tu pomen woksop makan minyak suda tu injin..
    :lool!!!:
    (¯°o.Þeñg§em.o°¯)
    (¯°o.Þeñg§em.o°¯)
    Forum Addicted
    Forum Addicted


    Male
    Number of posts : 4063
    Age : 39
    Location : d mana2 aku sll stay d c2 la..
    Popular :
    Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Left_bar_bleue50 / 10050 / 100Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Right_bar_bleue

    Registration date : 2009-01-28

    Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Empty Re: Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama

    Post by (¯°o.Þeñg§em.o°¯) Mon Jun 08, 2009 4:22 pm

    wuiks..bahaya 2.. Shocked
    Hardwork Studio
    Hardwork Studio
    Pegawai Waran 1
    Pegawai Waran 1


    Male
    Number of posts : 235
    Age : 75
    Location : mana2 jak ne...
    Popular :
    Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Left_bar_bleue0 / 1000 / 100Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Right_bar_bleue

    Registration date : 2009-04-21

    Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Empty Re: Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama

    Post by Hardwork Studio Tue Jun 09, 2009 12:36 am

    Minyak hitam akan berkurang disebabkan oleh beberapa sebab yang
    kadangkala tidak diambil peduli oleh kebanyakan pengguna kereta.

    Antaranya:

    Minyak hitam terbakar di dalam kebuk silinder bersama-sama petrol.Ini
    disebabkan 'ring' piston yang berfungsi menghalang minyak hitam masuk
    ke ruang pembakaran sudah haus atau mengalami regangan yang berlebihan
    menyebabkan wujud ruang di antara piston dan dinding silinder blok.
    Keadaan itu menyebabkan minyak hitam memasuki kebuk pembakaran dan
    terbakar bersama-sama petrol/diesel.
    Tanda yang dapat dilihat adalah asap yang keluar akan menjadi berwarna
    kebiruan dan berbau minyak hitam. Lama-kelamaan minyak hitam didalam
    enjin akan berkurangan. Keadaan ini sebenarnya perkara yang pasti akan
    berlaku kepada semua jenis enjin bersilinder. Tetapi jangkamasa yang ia
    pasti akan berlaku biasanya sehingga 10 tahun atau lebih.

    Faktor yang mempercepatkan perkara ini berlaku adalah seperti penukaran
    sistem pengeluaran gas ekzos (penggunaan ekstraktor) kepada bukan
    standard, penggunaan minyak hitam yang tidak mematuhi specifikasi yang
    diberikan pengeluar, tidak menukar minyak hitam mengikut jangkamasa
    yang ditetapkan pengeluar, tidak menukar penapis minyak seperti yang
    disyorkan pengeluar, penggunaan minyak hitam yang tidak mencukupi,
    pemanduan yang terlalu agressive (selalu buat spin wheel) dan untuk
    enjin turbo; tidak memberi masa kepada suhu turun.

    Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan cepat, tukar
    minyak hitam mengikut jadual bersama-sama penapis minyak yang disyorkan
    pengeluar. Sekiranya boleh, masukkan sedikit enjin treatment setiap 7
    atau 8 kali menukar minyak hitam, pasang turbo timer (untuk enjin
    turbo), panaskan enjin sebelum memulakan perjalanan, elakkan spin wheel
    atau pemanduan aggresive, gunakan kebuk pelepasan asap eksoz standard.

    Jika keadaan ini sudah berlaku, apa yang boleh dibuat cuma menambahkan
    minyak hitam setiap kali berkurangan dan kalau keadaan tidak begitu
    serius mungkin dengan penambahan enjin treatment (yang mengandungi
    plumbum) dapat membantu menutup ruang antara piston dan dinding
    silinder. Jalan terakhir terpaksalah tukar piston ring baru atau kalau
    silinder dah 'makan', terpaksa tukar piston dengan ringnya sekali dan
    rebor silinder.

    Sebab lain, jika kita dapati setiap pagi ada minyak hitam di atas
    lantai bawah kereta kita, ini bermakna ada kebocoran di enjin kereta
    kita. Kita tidak akan dapat memastikan perkara itu dengan hanya
    menjenguk ke bawah enjin. Perkara pertama yang perlu kita buat, pergi
    ke kedai mencuci enjin, cuci semua bahagian bawah enjin dengan
    menggunakan sejenis chemical sehingga betul-betul bersih, kemudian
    gunakan kereta seperti biasa.

    Selepas sehari, pergi ke bengkel dan angkat kereta, kita akan dapat
    lihat di mana kebocoran itu berlaku. Biasanya ada tiga tempat di mana
    kebocoran berlaku.

    Pertama ialah di penyambung drive shaft.

    Kedua,
    Jika minyak hitam kita berkurangan tetapi tiada kebocoran dan tiada
    pelepasan asap kebiruan, cuba periksa air di radiator. Jika airnya
    berminyak, ini bermakna terdapat kebocoran dalaman enjin yang
    menyebabkan minyak hitam masuk ke dalam saluran air penyejuk.

    Keadaan ini sangat kritikal dan memerlukan enjin di angkat dan ditukar
    gasket yang terbabit. Keadaan ini berlaku kerana enjin terlalu panas
    dan sistem penyejukan enjin tidak dapat berfungsi dengan baik.

    Minyak hitam berkurangan juga boleh disebabkan minyak hitam menjadi
    berketul-ketul dan menjadi padat dan likat. Ini biasanya berlaku bila
    air bercampur dengan minyak atau penggunaan oil treatment yang tidak
    sesuai. Keadaan ini juga boleh berlaku jika kita tidak menukar minyak
    hitam mengikut jadual. Jika ini berlaku, minyak enjin perlu diganti dan
    enjin perlu di flush dengan menggunakan engine flush chemical (tidak
    digalakkan kerana akan merosakkan gasket dan oil seal).

    Kadangkala minyak hitam akan berkurangan jika kita selalu memandu pada
    kelajuan tinggi (melebihi 120 km/j selama lebih 30 minit). Ini kerana
    minyak enjin terkeluar melalui bahagian atas penutup enjin atau top
    cover enjin. Biasanya ini tidak membabitkan apa-apa kerosakan, cuma
    jika kita ingin
    minyak hitam turun kepada normal operating temparature (tak pasang
    turbo timer). penyambung gear box dan ketiga, di oil sum gasket.
    Keadaan ini tidak berapa kritikal berbanding dengan keadaan satu di
    atas dan kita cuma perlu membaikinya jika kita terpaksa menukar clucth
    plate, timing belt, drive shaft atau peralatan yang lebih major.
    Keadaan ini berlaku kerana penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai,
    enjin terlalu panas, ketika menukar peralatan yang berkaitan, oil seal
    tidak ditukar bersama (seperti timing belt, jika ditukar, eloklah
    ditukar sekali kesemua oil seal kerana jika bocor, minyak akan terkena
    belt dan bila-bila masa belt akan putus) memandu pada kelajuan tinggi,
    pastikan kita menukar penutup minyak enjin kepada yang lebih tahan
    tekanan tinggi (macam enjin turbo)

    Very Happy p/s: soriee...panjang ni penerangan.. tetapi amat berguna... thanxss
    SABAH
    SABAH
    Admin
    Admin


    Male
    Number of posts : 748
    Age : 41
    Location : Papar - Kota Kinabalu -Kudat
    Popular :
    Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Left_bar_bleue100 / 100100 / 100Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-01

    Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Empty Re: Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama

    Post by SABAH Tue Jun 09, 2009 2:50 am

    GOOD one Hardwork Studio..
    nampak mcm bro ada pengetahuan meluas mengenai AUTO.. mungkin sesuai kalau bro diberikan pangkat "Pakar Rujuk" dalam section ini.. secara taknikalnya semua adalah tepat!! Hidup Forum kita kalau Begini. Sorry kalau keluar topik pula.. Hope Bro pertimbangkan untuk menjadi Pakar Rujuk dalam Section Auto ini.

    More Riputation for u Bro HardWork Studio!!
    (¯°o.Þeñg§em.o°¯)
    (¯°o.Þeñg§em.o°¯)
    Forum Addicted
    Forum Addicted


    Male
    Number of posts : 4063
    Age : 39
    Location : d mana2 aku sll stay d c2 la..
    Popular :
    Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Left_bar_bleue50 / 10050 / 100Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Right_bar_bleue

    Registration date : 2009-01-28

    Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Empty Re: Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama

    Post by (¯°o.Þeñg§em.o°¯) Tue Jun 09, 2009 9:03 am

    bro mmg asap 2 mcm kebiru-biruan aku nmpk..klu masalah mcm ni ndak pyh ba kn tkr enjin baru?

    Sponsored content


    Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama Empty Re: Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Mon May 20, 2024 8:07 am