SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.


Join the forum, it's quick and easy

SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.

SABAH

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

    Jenis-jenis MARAH

    lutau
    lutau
    Kapten
    Kapten


    Female
    Number of posts : 1619
    Age : 44
    Popular :
    Jenis-jenis MARAH Left_bar_bleue100 / 100100 / 100Jenis-jenis MARAH Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-12

    Jenis-jenis MARAH Empty Jenis-jenis MARAH

    Post by lutau Mon Jul 27, 2009 12:40 am

    Perubahan sifat dan sikap sering kelihatan apabila seseorang berdepan dengan situasi yang memungkinkan mereka menonjolkan kemarahan. Cacian dan makian tidak terhitung dek kerana tenggelam dalam nafsu amarah. Paling malang, gelojak nafsu dibiar menguasai diri hingga menghilangkan pertimbangan akal.

    MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci ALLAH SWT dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja’far bin Muhammad berkata: “Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).”

    Marah juga adalah sifat semulajadi insani. Boleh jadi kemarahan yang ditunjukkan membawa kebaikan atau kecelakaan. Pada permulaan marah, ia bagaikan isyarat awal untuk membetulkan keadaan. Namun, apabila kemarahan didahulukan jauh daripada mengingati ALLAH atau tanpa pertimbangan akal nan waras, maka ia bertukar menjadi kebinasaan.

    Psikologi Manusia

    Manakala di dalam kaedah psikologi manusia, terdapat beberapa jenis kemarahan yang berlaku di kalangan manusia. Keributan yang berlaku adalah tanpa sebarang amaran itulah yang dinamai sebagai:

    a) Sudden Anger (Marah Mengejut)

    -Individu yang mengalaminya mudah hilang sabar, sentiasa melahirkan “marah”, wlu hanya dalam hal yg kecil atau remeh-temeh. Namun, individu ini didapati cepat reda dan berasa menyesal. Walaubagaimnapun, alangkah indahnya apabila nafsu yang mengajak kepada kecelaan “marah” dapat dimulai dengan bacaan “Basmallah”.


    b) Shame-based Anger

    - Seorang yang sangat sensitif dengan suasana semasa.
    - Tidak dapat tahan marah bila dikritik, diperleceh atau diketepikan.
    Beliau lebih gemar merasa betul atas segala tindakan tanpa penafian
    orang lain.

    c) Deliberate Anger

    - Percaya bahawa dengan menunjukkan kemarahan segala kemahuan
    dan kehendak akan dipenuhi. Jenis begini tidak peduli untuk melanggar etika, undang-undang yang sedia ada asal matlamat digapai, haram katanya tidak mengapa.
    - Suka memanipulasi, membuli & menguasai orang lain.
    - Berpuas hati & megah sekiranya orang yang dimarahi berasa
    tersinggung & sedih.

    d) Addictive Anger (Ketagihan Marah)

    - Menjadi ketagih untuk marah apabila berada dalam ketagihan & tidak dapat menahan kemarahan.
    - Ada kaitan dengan ketagihan arak & dadah.

    Kemarahan yang meluap-luap dilupai akan memburukkan wajah pemarah, menyempitkan salur darah, disebabkan berlumba-lumbanya syaitan di dalam salur darah untuk menyucuk butir-butir kata dan tindakan penuh mazmumah. Maka lahirlah kemarahan yang disorak-sorai oleh syaitan laknatullah. Wallahu'alam.


    Renungan:

    Sekiranya kita dapat mengurus kemarahan kita, mengikut pertimbangan akal dan agama, marah tanpa menyebabkan orang lain sakit hati atau rasa dianiaya, sedia menerima kekurangan orang lain dan memaafkan kesilapan orang lain, hati kita akan tenang dan bahagia.

      Current date/time is Mon May 20, 2024 3:11 am