Apakah yang dibincangkan??
susulan daripada Usul kawan kita yeokok untuk mengadakan CAMPIN akhirnya tanpa dirancang s_h_e_4, satonaka_halu, not21 dan saya sendiri telah duduk minum milo ping dan teh tarik di palm square sambil berbincang..
Antara topik perbincangan yang kami bincangkan adalah perancangan untuk mengadakan CAMPIN (bilang yeokok) @ camping sayangnya yeokok iaitu orang yang mengusulkan perkara ini tidak dapat hadir disebabkan tak ada info awal dan bila kana talipon.. dia jawab.. Anu.. saya d rumah c anu ni.. c anu.. ( malu-malu lagi dia cakap.. tapi lastly dia bilang.. .. rumah mentua...) hahaha.. ok ba tu yeokok..
Hasil perbincangan:
Berdasarkan pengalaman yang lepas.. mcm biasa perbincangan adalah untuk LIST barangan dan keperluan yang diperlukan.. memang panjang lebar catatan yang dibuat oleh she4.. (congrat she4.. u are great organizer..) memandangkan sebelum ini sudah dibuat 2 camping di pulau maka pada kali ini perbincangan memilih persekitaran hutan pula.. pasa asalnya kami ada sebut2 pasal karambunai.. tapi lastly atas nasihat mr_satonaka_halu kami menggunakan kemudahan broadbang (biarpun sangat buruk.. buli-buli dia dc setiap 1 minit) dan daripada carian.. nah.. kami jumpa juga 1 lagi camp site yang baru iaitu Hutan Simpan Kawang.. terletak kira-kira 23Km dari pusat bandar KK dan 30km dari papar.. laluan untuk ke sini adalah melalui Jalan Lama Papar.. walau bagaimanapun untuk gambaran lebih jelas kami suda membuat perancangan untuk akan mengadakan lawatan ke tapak perkhemahan terlebih dahulu sebelum tarikh yang ditetapkan..
selepas perbincangan berikut adalah tarikh yang mungkin penting dan berguna untuk dicatatan:
Tarikh lawatan: 11 / 12 Dec 2009
Peserta: Sesiapa sahaja yang berminat.
Tujuan: Melihat tapak perkhemahan dan membuat anggaran budget.
Maklumat lanjut:
Contact: 1.She4
2. Halu
3. Not21 @ Brenda
4. w8_left @ Jamalit ( 0128662126 / 0143256680 /
0135598579)
Tarikh Cadangan Camping: 19 - 20 Dec 2009
Tentatif Camping :
7.00 Berkumpul di KK
8.00 Bergerak Ke Hutan Simpan Kawang
9.00 Mencari tempat yang sesuai dan mendidikan khemah
10.00 Persediaan Harian (memasak mencuci etc.)
Pengisian aktiviti yang lain kita akan bincangkan kemudian bergantung kepada jumlah penyertaan..
Maklumat lain berkaitan dengan program ini akan dikemaskini pada masa akan datang. atau sesiapa yang mempunyai maklumat tambahan sila kemaskini thread ini..
P/S: Mohon agar Team Outing memasukkan contect no mereka di sini bagi memudahkan urusan pengurusan aktiviti ini.
terima kasih:
(skema ka ni ahh??)