SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.


Join the forum, it's quick and easy

SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.

SABAH

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

    7 Tips untuk kita...

    lutau
    lutau
    Kapten
    Kapten


    Female
    Number of posts : 1619
    Age : 44
    Popular :
    7 Tips untuk kita... Left_bar_bleue100 / 100100 / 1007 Tips untuk kita... Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-12

    7 Tips untuk kita... Empty 7 Tips untuk kita...

    Post by lutau Mon Dec 07, 2009 12:14 pm

    7 Tips untuk kita... 177541Share lagi..kali ni nak share 7 tips atau perkara yang perlu kita jauhi untuk memastikan kita sentiasa berfikiran positif. Sebab, mybe tak ramai yang tak tahu termasuk aku sendiri about cara bagaimana nak berfikiran positif. 7 Tips untuk kita... Icon_cheers

    Walaupun kita melakukan salah satu dari 7 perkara ni tanpa disengajakan, ia akan meneutralkan getaran gelombang positif kita.

    Kesannya, usaha kita untuk jadi orang yang berfikiran positif jadi sia-sia. Bahkan, kita akan menarik lebih banyak gelombang negatif dan perkara-perkata-situasi dan benda yang kita tak inginkan.

    7 tips ataupun perkara yang perlu kita jauhi adalah :

    1. Jangan bercakap tentang keburukan, kelemahan dan kesalahan orang lain yang kita tak puas hati. Sekali kita bercakap, perkataan yang lahir dari hati kita boleh menimbulkan getaran negatif. Kita akan susah nak berfikiran positif semula.

    2. Jangan pandang rendah orang lain. Jangan ketawakan mereka dan kelemahan mereka, kerana sikap memandang rendah adalah sikap negatif, ia membuatkan kita riak, meninggi diri dan dalam masa yang sama membuatkan kita sedikit bongkak.

    3. Jangan bercakap tentang isu-isu semasa yang agak negatif, isu-isu politik, permasalahan, perbalahan dan persengketaan. Kalau kita asyik tak puas hati, itu tandanya minda dipenuhi gelombang emosi negatif. Kesannya, akan menarik situasi-situasi negatif.

    4. Jangan merasa diri lebih hebat dan lebih ber'skill' dari orang lain.

    5. Buang rasa meluat, menyampah dan tak senang dengan sesiapa yang tak disukai. Maafkan mereka, terima mereka seadanya dan lupakan apa yang mereka dah buat pada diri kita.

    Kalau disimpan lama-lama ia menjadi magnet negatif yang semestinya menarik semua yang negatif datang pada kita. Sebab, kita asyik sakit hati saja ! Latih diri untuk jadi seorang yang pemaaf.

    6. Jangan selalu kenang situasi buruk di masa lalu. Paling baik, jadikannya pembakar semangat untuk lebih memajukan diri. Elakkan dari rasa tertekan, risau, gusar, sakit hati mahupun geram dek kenangan lalu. Let Go !


    7. Jangan lupa untuk berterima kasih pada apa jua yang kita sekarang ini, orang-orang yang ada di sekeliling kita, semua benda yang kita ada dan hasil gaji dari kerjaya kita. Ucapkan syukur sentiasa.

    Bila buat begitu sepenuh hati, tandanya sudah bersedia untuk menerima limpahan nikmat dan rahmat yang lebih banyak dari yang sebelumnya! Kunci utama kepada kecemerlangan dan kejayaan adalah rasa syukur yang mendalam, berpanjangan dan konsisten.

    Moga tips ini bermanfaat buat kita, ya~
    7 Tips untuk kita... Icon_cheers

      Current date/time is Mon May 20, 2024 4:57 am