SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.


Join the forum, it's quick and easy

SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.

SABAH

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

3 posters

    PANAS.....Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi

    lutau
    lutau
    Kapten
    Kapten


    Female
    Number of posts : 1619
    Age : 44
    Popular :
    PANAS.....Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi Left_bar_bleue100 / 100100 / 100PANAS.....Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-12

    PANAS.....Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi Empty PANAS.....Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi

    Post by lutau Tue Dec 22, 2009 3:56 pm

    PANAS.....Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi Zizie11

    PETALING JAYA: Aktres jelita putih gebu, Zizie Ezette dikatakan telahpun bernikah dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, minggu lalu tetapi Bung dalam reaksi segera, menafikannya. Bung ketika dihubungi wartawan The Star menafikan berita yang mengatakan yang beliau telahpun menikahi Zizie Ezette tetapi enggan mengulas pertanyaan sama ada majlis yang akan diadakan malam ini adalah majlis pertunangan ataupun perkahwinannya.

    "Saya tidak cukup kacak untuk beliau,” kata wakil rakyat Barisan Nasional itu di sini semalam.
    PANAS.....Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi Bung%20mokhtar
    Zizie dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar dikatakan telah bernikah minggu lalu.

    Bagaimanapun, isu mengenai pernikahan Bung Mokhtar dengan dramatis terkenal itu telah menjadi buah mulut dan perbualan hangat ahli-ahli parlimen di bilik rehat Dewan Rakyat semalam. Malah pasangan berkenaan disebut-sebut akan mengadakan majlis resepsi di salah sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur malam tadi. Beberapa ahli parlimen ketika ditemui wartawan mStar Online di lobi Parlimen petang semalam mengesahkan mereka telah menerima undangan untuk menghadiri majlis resepsi pernikahan Bung Mokhtar dengan Zizie malam ini tetapi merahsiakan tempat majlis itu akan berlangsung. Sementara ahli-ahli parlimen yang masih ragu-ragu cuba mendapatkan pengesahan berita perkahwinan itu daripada rakan-rakan mereka dan juga wartawan yang berada di bilik rehat.

    "Kami dah dengar berita ni tapi tak ada siapa yang hendak mengesahkannya," kata seorang ahli Parlimen dari Johor kepada wartawan mStar Online. Dalam pada itu, ahli Parlimen Johor Baharu, Datuk Shahrir Abdul Samad kelihatan berbual dengan para wartawan dan ahli parlimen yang lain berhubung berita pernikahan Bung Mokhtar dan Zizie. Mereka kedengaran berkata, kelibat Bung Mokhtar telah tidak kelihatan sejak petang kelmarin dan semalam beliau tidak hadir langsung dalam sidang Dewan. "Patutlah wajah Bung Mokhtar berseri-seri dan rambutnya kelihatan disikat rapi bersama gel sejak beberapa hari ini," kata seorang wartawan veteran yang sedang membuat liputan di persidangan parlimen. Malah katanya, Bung Mokhtar seringkali ketawa besar seperti seorang yang sangat gembira dan dilamun cinta. Sementara itu, ibu pelakon tersebut Khaty Fauziah yang dihubungi turut menafikan bahawa anaknya telah berkahwin dengan ahli politik tersebut. "Saya menafikan sekeras-kerasnya, perkara ini tak betul. "Mereka baru ingin kenal hati budi masing-masing dan Zizie ketika ini juga sedang sibuk di lokasi drama," kata Khaty. Ditanya perasaannya jika perkahwinan itu kelak akan memberi persepsi negatif terhadap anaknya apatah lagi ahli politik tersebut dikatakan sudah berumahtangga, dalam nada tenang, Khaty menjawab: "Ramai lagi wanita lain yang berkahwin dengan suami orang. Kalau benarlah dia (Zizie) ditakdirkan bermadu, itu semua sudah dinamakan jodoh. Ini semua urusan Allah," katanya.

    Sumber : mStar Online
    saf zkuga
    saf zkuga
    Sabahan Sporty
    Sabahan Sporty


    Male
    Number of posts : 5100
    Age : 38
    Location : kota kinabalu
    Popular :
    PANAS.....Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi Left_bar_bleue0 / 1000 / 100PANAS.....Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi Right_bar_bleue

    Registration date : 2009-01-30

    PANAS.....Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi Empty Re: PANAS.....Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi

    Post by saf zkuga Wed Dec 23, 2009 12:20 pm

    mantap la...semoga berbahagia hingga ke anak cucu....ehehe PANAS.....Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi 177541
    yeokok_rosse@nanacey
    yeokok_rosse@nanacey
    Sabahan Welcomer
    Sabahan Welcomer


    Female
    Number of posts : 10742
    Age : 75
    Location : keY keY lanD belOw da wiNd
    Popular :
    PANAS.....Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi Left_bar_bleue88 / 10088 / 100PANAS.....Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-11-11

    PANAS.....Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi Empty Re: PANAS.....Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi

    Post by yeokok_rosse@nanacey Wed Dec 23, 2009 9:58 pm

    hahaha..terkejut jg...tp kalau da mmg terjadi.....sepa pun tidak boleh halang suda....hahahaa.... semoga berbahagia PANAS.....Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi 177541

    Sponsored content


    PANAS.....Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi Empty Re: PANAS.....Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Mon May 20, 2024 2:08 am