SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.


Join the forum, it's quick and easy

SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.

SABAH

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

+2
poisonous_________honey™
warna_hot
6 posters

    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!!

    warna_hot
    warna_hot
    Laftenen
    Laftenen


    Female
    Number of posts : 409
    Age : 39
    Location : petaling jaya selangor
    Popular :
    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Left_bar_bleue200 / 100200 / 100INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-13

    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Empty INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!!

    Post by warna_hot Wed Jul 16, 2008 2:42 am

    Merawat masalah Obesiti



    PADA hari ini masalah lemak berlebihan yang keterlaluan atau juga dikenali sebagai obesiti merupakan antara topik paling popular dibicarakan terutama mengenai usaha untuk mencari penawarnya.
    Pengaruh Barat yang dipaparkan melalui iklan-iklan dan pertunjukan-pertunjukan fesyen bahawa mereka yang bertubuh kurus dianggap cantik dan sempurna menyebabkan ramai di antara kita berusaha untuk mendapatkan berat badan yang sedemikian.
    Selain kesedaran berhubung kesan obesiti pada status kesihatan dan perkembangan psikososial seseorang, berat badan berlebihan sering dikonotasikan dengan gambaran negatif. Namun, rata-rata mereka yang berusaha mendapatkan berat badan idaman dan mengekalkannya sering menemui jalan buntu.
    Pakar Perunding Perubatan (Endokrinologi), Jabatan Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Nor Azmi Kamaruddin berkata, dalam menangani masalah obesiti, individu terbabit kena memahami tubuh badan dan keadaan diri mereka sendiri. Menurut beliau, mereka yang ingin menurunkan berat badan perlu realistik. ``Senario proses menurunkan berat badan yang kita lihat hari ini rata-ratanya agak tidak praktikal. ``Contohnya, jika berat badan ialah 100 kilogram, individu terbabit ingin menurunkan hingga ke 60 kilogram. Ini adalah sesuatu yang tidak praktikal dan mustahil,'' ujarnya.
    Obesiti diertikan sebagai jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak. Dianggarkan sebanyak enam peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah ini. Menurut Dr. Nor Azmi, peningkatan penyakit diabetes di negara ini sejajar dengan meningkatnya masalah obesiti.
    Pada tahun 2000, kadar peningkatan diabetes meningkat hingga 10 peratus berbanding tiga peratus pada tahun 1992. ``Di England, peningkatan obesiti sama banyaknya dengan masa yang dihabiskan ketika menonton televisyen,'' jelasnya. Tambah beliau, dalam usaha menurunkan berat badan masalah yang sering timbul ialah mengekalkannya. ``Biasanya apabila kita telah berusaha untuk mengurangkan berat badan, masalah yang muncul ialah untuk mengekalkan berat badan baru yang telah kita peroleh,'' ujarnya.
    Sehubungan itu, beliau menasihatkan mereka yang ingin menurunkan berat badan supaya tidak terlalu obses dengan berat badan yang mereka ingini. Sebaliknya, sasaran utama yang perlu ditekankan ialah individu terbabit haruslah realistik dengan berat badan yang ideal dan sesuai dengan ketinggian mereka.
    Pada peringkat awal, cuba kurangkan berat badan sebanyak 10 peratus dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan. Tambahnya, mereka yang menghadapi masalah obesiti juga tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan program-program menguruskan badan yang banyak digembar- gemburkan di media massa. ``Sebahagian besar produk atau program-program yang ditawarkan untuk menguruskan badan terbukti tidak benar-benar berkesan. ``Memang ada yang berjaya dengan menggunakan kaedah ini, tetapi kejayaan seseorang tidak boleh dijadikan ukuran sebenar untuk menilai keberkesanan sesuatu produk,'' ujarnya.
    Dr. Nor Azmi memberitahu, untuk membuktikan sama ada sesuatu produk itu benar- benar berkesan kepada pengguna, ia haruslah dibuktikan secara saintifik dengan lebih 50 peratus pesakit berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh enam hingga 12 bulan. Menurut beliau, terdapat empat kaedah yang perlu dilakukan oleh mereka yang menghadapi masalah obesiti. Ini termasuklah diet, senaman, ubat-ubatan dan pembedahan


    Diet
    - Elakkan makanan yang tinggi kandungan kalori seperti makanan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan. Banyakkan makanan yang direbus dan dibakar.
    - Elakkan menggunakan susu pekat manis.
    - Kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih.
    - Makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan.
    - Jangan gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk memberi rasa kekenyangan. (pengambilan makanan secara gelogoh menyebabkan kemasukan gas yang banyak ke dalam badan melalui mulut dan akan menyumbangkan kepada perut buncit)
    - Kurangkan makan di waktu malam, elakkan snek ketika menonton televisyen.
    - Pengurangan antara 500 hingga 1,000 kalori sehari dapat mengurangkan antara 0.5 hingga 1 kilogram sebulan.

    Senaman

    Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.
    Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 minit setiap hari daripada bersenam selama dua jam tetapi hanya seminggu sekali.
    Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya.


    Ubat-ubatan
    Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga 10 peratus berat badan.
    Terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu:
    - Lipase inhibator. Ubat ini menghalang enzim lipase di dalam saluran penghadaman memproses lemak makanan yang dimakan daripada menyerap ke dalam tubuh. Bagaimanapun, ia hanya menyekat 1/3 daripada lemak tersebut dan bakinya akan memasuki sistem penghadaman makanan.
    - Ubat mengekalkan paras hormon adrenalin dan serotonin. Dengan memakan ubat ini, ia akan mengawal fungsi selera makan dalam otak yang menyebabkan individu terbabit berasa kenyang. Kesan sampingannya ialah hipertensi, sukar tidur, jantung berdebar, panas dan sebagainya.
    - Ubat kencing manis. Ia boleh bertindak terhadap sel-sel tubuh dengan memperbaiki sensitiviti sel terhadap hormon insulin.
    - Ubat antikemurungan. Walaupun ia boleh menurunkan berat badan, ia tidak digunakan untuk mengurangkan berat badan kerana ia boleh menimbulkan kesan sampingan.

    Pembedahan
    Pembedahan ini bukan pembedahan kosmetik yang boleh menguruskan badan. Ia hanya digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti yang serius. Jaminan keberkesanan kaedah ini ialah sebanyak 90 peratus dengan pengurangan berat badan antara 30 hingga 50 kilogram.
    Namun, ia juga mempunyai implikasi tersendiri seperti muntah, kekurangan zat vitamin dan jahitan terbuka.


    Antara jenis pembedahan yang dilakukan ialah:

    - Jaw wiring - mengecilkan bukaan rahang mulut supaya individu tersebut tidak boleh makan dengan banyak.
    - Gastric reduction - mengecilkan kandungan perut supaya makanan tidak dapat diisi dengan banyak.
    - Ile-jujenal bypass (Roux-EnY) - pembedahan pintasan di mana perut akan disambung terus ke usus kecil sekali gus menghalang makanan daripada dihadamkan.
    Kaedah untuk mengukur kesesuaian berat badan BMI (Indeks Jisim Badan) kg 72 Ketinggian (m2) 1.7x1.7
    Ukuran berat badan boleh dilakukan berdasarkan panduan seperti:
    Normal: 17-25
    Berat badan berlebihan: 25-30
    Obesiti tahap I: 30-35
    Obesiti tahap II: 35-40
    Obesiti tahap III: 40 ke atas


    Punca

    Hampir sebahagian besar masalah obesiti ini berpunca daripada faktor luaran seperti:
    - Pemakanan. Pemakanan yang berlebihan terutama makanan yang mengandungi kalori (tenaga) tinggi. Ini termasuklah makanan yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi.
    - Kurang melakukan senaman.
    - Kesibukan bekerja, menonton televisyen dan banyak menghabiskan masa di depan komputer.
    - Penyakit-penyakit metabolisme endokrin seperti kekurangan atau terlebih hormon pertumbuhan kortisol. Sekiranya kekurangan hormon thyroxsin atau kekurangan hormon lelaki (testosteron) seseorang boleh mengalami masalah berat badan berlebihan. Ada kalanya ketumbuhan pada hipotalamus boleh menyebabkan individu mempunyai berat badan berlebihan kerana selera makan yang tinggi.
    - Ubat-ubatan. Amalan memakan sesetengah ubat-ubatan seperti steroid atau ubat tradisional Cina boleh mengakibatkan berat badan bertambah. Steroid yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit diabetes dan hipertensi.
    - Masalah genetik. Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang menyebabkan berat badan berlebihan. Sindrom-sindrom seperti Prader-Willi, Laurence Moon Biedl dan sebagainya boleh menyebabkan obesiti.
    l Sindrom metabolik. Sindrom metabolik iaitu sejenis penyakit keturunan menyebabkan seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan, diabetes, hipertensi, tahap kolesterol yang tinggi, gout dan sebagainya.

    Bagaimana menyukat tahap obesiti

    Selain berat badan berlebihan, seseorang boleh menilai sama ada ia tergolong dalam kategori obesiti melalui ukuran diameter di pusat:
    - Bagi wanita jika ukuran melebihi 88 sentimeter = risiko tinggi mendapat penyakit dan dikategorikan dalam golongan obesiti
    - Bagi lelaki jika ukuran melebihi 102 sentimeter = risiko tinggi untuk mendapat penyakit dan dikategorikan dalam golongan obesiti.


    Implikasi obesiti
    Risiko menghidap pelbagai penyakit seperti:
    - Penyakit hipertensi
    - Penyakit jantung koronari
    - Diabetes Mellitus
    - Kanser terutamanya kanser buah dada, usus dan lain-lain
    - Gout dan sakit sendi (osteoartritis)
    - Masalah pernafasan - sleep apnea syndrome
    - Masalah batu dalam pundi hempedu (gall bladder)
    - Bagi wanita mereka biasanya menghadapi masalah sakit puan seperti kitaran haid yang tidak menentu, ketidak- suburan dan sebagainya.


    Risiko psikososial

    Individu yang terlalu gemuk akan menghadapi masalah kurang keyakinan diri kerana mereka menjadi bahan bualan. Dari aspek sosial, masyarakat memandang rendah terhadap mereka dan tidak ramai yang ingin bergaul dengan mereka. Kajian menunjukkan individu yang mengalami obesiti kurang mendapat peluang kenaikan pangkat dalam pekerjaan mereka kerana ia sering dikaitkan dengan tabiat malas.
    warna_hot
    warna_hot
    Laftenen
    Laftenen


    Female
    Number of posts : 409
    Age : 39
    Location : petaling jaya selangor
    Popular :
    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Left_bar_bleue200 / 100200 / 100INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-13

    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Empty BATUK DAN SELSEMA....Mau buat apa??

    Post by warna_hot Wed Jul 16, 2008 3:05 am

    PENGUBATAN KENDIRI - BATUK DAN SELSEMA


    Selsema

    Selsema merupakan penyakit yang paling kerap ditimbulkan kepada ahli farmasi komuniti. Simptom-simptom penyakit ini melibatkan saluran pernafasan atas (dari saluran penafasan yang dinamakan bronkus ke hidung). Penyakit ini biasanya akut dan boleh sembuh dengan sendiri dan selalunya disebabkan oleh pelbagai jenis virus. Saluran pernafasan atas merupakan tempat jangkitan utama dan biasanya berlanjutan selama 7 hari. Simptom selsema biasanya melibatkan salah satu atau kombinasi tapak-tapak jangkitan saluran pernafasan iaitu hidung, keronkong, laring dan bronkus. Walaupun selsema boleh sembuh dengan sendiri, ia mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tumpuan terhadap kerja. Oleh itu, orang ramai selalunya akan mendapatkan ubat-ubatan untuk melegakan simptom selsema. Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak lebih mudah mendapat selsema berbanding orang dewasa. Di sini, ahli farmasi memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu para pesakit memilih dan menggunakan produk-produk rawatan selsema dan batuk.


    • Simptom-simptom

      Simptom-simptom penyakit selsema termasuklah batuk, bersin, hidung berair atau tersumbat, sakit kepala, sakit kerongkong, peningkatan suhu badan, sakit telinga, mata berair dan kesejukan (menggigil).

    <BLOCKQUOTE>

    • Kebanyakan pesakit akan mengalami hidung berair, biasanya cecair berwarna jernih, diikuti dengan pengeluaran mukus yang lebih pekat dan likat. Penyumbatan hidung berlaku disebabkan iritasi dan pembengkakan salur darah. Ini akan menyebabkan penyempitan saluran hidung.
    • Iritasi, penyumbatan hidung dan pengeluaran mukus akan menyebabkan pesakit bersin. Batuk mungkin berlaku akibat iritasi pada faring. Pada peringkat awal, batuk biasanya kering dan tidak berkahak. Peringkat seterusnya, kongesi bronkus yang teruk akan menyebabkan batuk yang teruk dan berkahak. Refleks batuk dan bersin adalah mekanisma pertahanan badan yang biasa berlaku untuk memastikan saluran pernafasan ke paru-paru bebas dari bendasing dan pengumpulan kahak.
    • Sakit kepala berlaku akibat radangan dan kongesi terhadap saluran hidung dan sinus.
    • Pesakit selsema juga biasanya akan mengadu panas badan. Tetapi secara amnya suhu badan tidak akan meningkat dan akan sembuh dalam masa seminggu.
    • Kerongkong menjadi kering dan sakit semasa selsema dan kemungkinan merupakan tanda awal selsema berlaku.
    Simptom selsema biasanya berlanjutan selama 7 hari. Sesetengah simptom, seperti batuk, mungkin masih berlaku walaupun selsema telah sembuh.
    </BLOCKQUOTE>

    • Bagaimana anda diserang selsema?

    <BLOCKQUOTE>

    • Cuaca yang sejuk akan melemahkan pertahanan badan. Ini akan menyebabkan badan lebih mudah dijangkiti oleh bakteria atau virus.
    • Lemah badan.
    • Terdedah kepada virus selsema.
    • Pernah mendapat jangkitan atau reaksi alahan.
    </BLOCKQUOTE>

    • Bila anda perlu berjumpa doktor?

      Anda harus berjumpa dengan doktor jika:

    <BLOCKQUOTE>

    • Anda mengadu berasa panas dan menggigil kesejukan, sakit otot dan badan. Anda juga perlu berjumpa dengan doktor jika suhu badan meningkat melebihi 38.5oC yang disertai dengan batuk berkahak.
    • Sakit dada.
    • Jangkamasa simptom berlanjutan melebihi 1 minggu.
    • Batuk yang berdarah.

      Sakit pada bahagian muka atau bahagian hadapan kepala. Kemungkinan disebabkan oleh sinusitis (sakit pada keliling mata).
    • Kesakitan yang teruk pada kerongkong terutamanya pada kanak-kanak yang mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria ‘Streptococcus’.
    • Anda mempunyai sejarah:
    </BLOCKQUOTE>
    <BLOCKQUOTE>
    <BLOCKQUOTE>

    • Asma
    • Jangkitan Streptococcus
    • Bronkitis kronik
    • Demam reumatik
    • Penyakit paru-paru kronik
    </BLOCKQUOTE></BLOCKQUOTE>

    • Apa yang perlu anda lakukan?

      Pengubatan kendiri bagi selsema adalah bertujuan untuk melegakan simptom-simptom selsema. Tidak terdapat sebarang rawatan dan remedi yang spesifik untuk menyembuhkan selsema. Matlamat rawatan selsema adalah untuk melegakan simptom, mengurangkan atau mengelakkan ia berjangkit dan mengelakkan komplikasi.

      Secara amnya, berehat dan mengelakkan keadaan sejuk dapat membantu melegakan rasa selsema. Anda perlu meningkatkan pengambilan air untuk mengelakkan dehidrasi (kekeringan badan) dan membantu pengeluaran kahak. Anda digalakkan menyedut wap untuk melegakan hidung tersumbat dan memudahkan pengeluaran mukus, membuang hingus dengan lebih dan jangan merokok. Berkumur dengan menggunakan ubat kumur atau air garam beberapa kali sehari boleh membantu melegakan radangan pada kerongkong. Namun, anda haruslah berhati-hati agar tidak tertelan ubat kumur yang digunakan. Anda juga digalakkan mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk mengelakkan daripada diserang selsema. Bagaimanapun, jika simptom berlanjutan lebih daripada 10 hari atau mula berlakunya komplikasi, anda haruslah berjumpa dengan ahli farmasi atau doktor anda.
    Batuk
    Batuk adalah tindakan refleks pertahanan yang terjadi apabila berlaku iritasi atau penyumbatan pada saluran pernafasan. Ia bertujuan untuk melegakan saluran pernafasan agar pernafasan menjadi seperti biasa. Kebanyakan batuk yang berlaku di kalangan masyarakat disebabkan oleh radangan pada saluran pernafasan atas yang biasanya diakibatkan oleh jangkitan virus (contoh : selsema) atau peningkatan penghasilan mukus semasa selsema.


    • Jenis-jenis Batuk

    <BLOCKQUOTE>

    • Tidak berkahak (‘Unproductive’)

      Batuk jenis ini adalah kering, dalam atau keras. Tiada kahak yang dihasilkan dan ia biasanya disebabkan oleh jangkitan virus serta boleh sembuh dengan sendiri.
    • Berkahak (‘Productive’)

      Batuk jenis ini mengeluarkan kahak. Kahak biasanya dicirikan sebagai mukus yang kehijauan, kekuningan atau keperangan. Kadangkala terdapat darah pada kahak. Ini mungkin menandakan berlakunya jangkitan pada dada seperti bronkitis atau pneumonia. Dalam keadaan ini, pesakit dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.
    • Krup (‘Croup’)

      Batuk ini menghasilkan bunyi yang kuat dan kasar. Ia biasanya berlaku pada kanak-kanak dan dikaitkan dengan kesukaran bernafas.
    </BLOCKQUOTE>

    • Simptom-simptom

    <BLOCKQUOTE>

    • Rasa gatal-gatal dan sakit pada kerongkong serta selsema juga dikaitkan dengan batuk.
    • Penyingkiran udara dari paru-paru yang berlaku secara tiba-tiba disertai dengan bunyi dan kadang-kadang berkahak.
    • Radangan, mengakibatkan gangguan saluran pernafasan contohnya: asma.
    • Pengeluaran kahak yang berlebihan disebabkan jangkitan saluran pernafasan atau penyakit ( selsema, radangan bronkus, radangan laring ).
    </BLOCKQUOTE>

    • Bila anda perlu berjumpa doktor?

      Anda perlu berjumpa doktor:

    <BLOCKQUOTE>

    • Apabila batuk berlanjutan selama 2 minggu atau lebih.
    • Anda mengadu sakit dada.
    • Kahak berwarna kekuningan, kehijauan, keperangan atau mengandungi darah.
    • Kesukaran bernafas.
    • Batuk yang berulang-ulang pada waktu malam.
    • Kegagalan rawatan menggunakan ubat.
    </BLOCKQUOTE>
    Rawatan


    • Selsema

      Terdapat 4 kelas utama ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat simptom selsema iaitu dekongestan, ekspektoran, ‘cough suppressants’ dan antipiretik (antipyretic) atau analgesik. Dekongestan dan ekspektoran merupakan kumpulan ubat yang membantu membuka laluan hidung tersumbat. Oleh itu, pengeluaran mukus dan pengedaran udara akan membantu meningkatkan pernafasan. Ubat ‘cough suppressant’ pula digunakan untuk mengurangkan kekerapan batuk manakala antipiretik (antipyretic) atau analgesik digunakan untuk melegakan demam dan sakit kepala. Antihistamin (anti-alahan) juga boleh menolong mengurangkan sesetengah simptom selsema seperti hidung berair dan bersin.
    • Batuk

      Pemilihan rawatan batuk bergantung kepada jenis batuk. Penekan batuk adalah berkesan untuk merawat batuk tidak berkahak (kering), manakala ekspektoran pula digunakan untuk merawat batuk berkahak (basah). Gula-gula lozenges juga digunakan untuk membantu melegakan batuk kering, manakala agen mukolitik (mucolytic) membantu mencairkan mukus untuk memudahkan pengeluaran kahak.
    Kesimpulan

    Penggunaan meluas ubat-ubatan tanpa preskripsi dalam rawatan selsema dan batuk adalah bertujuan supaya ubat-ubat berkenaan boleh diperolehi dengan mudah. Perkara ini dibantu pula dengan pengiklanan secara meluas produk-produk tersebut kepada orang awam.

    Dalam sesetengah keadaan, kombinasi dua atau lebih ubat-ubat ini diperlukan untuk menghasilkan dos yang sesuai untuk merawat pesakit yang mengalami pelbagai simptom selsema dan batuk. Walau bagaimanapun, kombinasi produk biasanya lebih mahal, terhad kepada dos yang telah ditetapkan dalam sediaan itu sahaja dan kemungkinan mempunyai kesan sampingan. Oleh itu, anda perlu mendapatkan nasihat dari ahli farmasi sebelum membeli ubat-ubatan tersebut.

    Sebelum anda membuat keputusan untuk pengubatan kendiri, perlu diingat bahawa ahli farmasi adalah golongan profesional kesihatan yang harus dihubungi untuk mendapatkan khidmat nasihat. Anda tidak seharusnya hanya bergantung kepada bahan bacaan, kefahaman sendiri dan mengikuti arahan penggunaan ubat semata-mata. Pemilihan produk bukan hanya berdasarkan keberkesanan ubat tersebut tetapi juga harus mengambil kira kesan sampingan yang mungkin berlaku.

    Setelah memilih produk, anda perlu mendapatkan nasihat ahli farmasi untuk memastikan anda tahu cara penggunaan, jangkamasa pengambilan, kesan terapi serta kesan sampingan yang dijangkakan. Akhir sekali, anda perlu sentiasa datang berjumpa atau menghubungi semula ahli farmasi anda sekiranya masih terdapat sebarang kemusykilan atau masalah dalam pengubatan sendiri.
    poisonous_________honey™
    poisonous_________honey™
    Laftenen Muda
    Laftenen Muda


    Female
    Number of posts : 265
    Age : 35
    Location : A place called HERE.
    Popular :
    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Left_bar_bleue100 / 100100 / 100INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-07

    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Empty Re: INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!!

    Post by poisonous_________honey™ Wed Jul 16, 2008 3:20 am

    aduh.. Suspect
    kegemukan ku yg terserlah ini.. oh maii gadd..
    bounce nnt sa cuba tu tips2 ko ah warrna.. kakakaka.. jaga kalau berat sa nda turun p 42kg pasni.. muahahaha.. lol!
    warna_hot
    warna_hot
    Laftenen
    Laftenen


    Female
    Number of posts : 409
    Age : 39
    Location : petaling jaya selangor
    Popular :
    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Left_bar_bleue200 / 100200 / 100INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-13

    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Empty Re: INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!!

    Post by warna_hot Wed Jul 16, 2008 3:30 am

    hahaha...sub.crew
    yang penting niat mesti kuat...
    hati mesti tabah..
    nafsu mesti tahan..
    taik mesti karas... wakakakaka
    :-@ :-@ :-@
    poisonous_________honey™
    poisonous_________honey™
    Laftenen Muda
    Laftenen Muda


    Female
    Number of posts : 265
    Age : 35
    Location : A place called HERE.
    Popular :
    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Left_bar_bleue100 / 100100 / 100INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-07

    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Empty Re: INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!!

    Post by poisonous_________honey™ Wed Jul 16, 2008 4:58 am

    bounce sa mo kurus baa.. gemuk tahap mami cipan sa ni suda..
    doakan sa berjaya dgn diet sa ah warrna.. kakakaka... lol!
    poisonous_________honey™
    poisonous_________honey™
    Laftenen Muda
    Laftenen Muda


    Female
    Number of posts : 265
    Age : 35
    Location : A place called HERE.
    Popular :
    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Left_bar_bleue100 / 100100 / 100INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-07

    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Empty Re: INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!!

    Post by poisonous_________honey™ Wed Jul 16, 2008 5:03 am

    warna ada ka tips untk menyembuhkan penyakit asma ahh?? ada ni kawan sa kan dia ada asma ba.. kena guna inhaler tiap kali dia rasa semput.. kesian ni sama dia.. ada ka cara2 untk kasik completely ilang tu asma tu arr? Surprised
    warna_hot
    warna_hot
    Laftenen
    Laftenen


    Female
    Number of posts : 409
    Age : 39
    Location : petaling jaya selangor
    Popular :
    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Left_bar_bleue200 / 100200 / 100INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-13

    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Empty asma

    Post by warna_hot Wed Jul 16, 2008 9:21 am

    Asma atau lelah, semput, penat ialah keadaan sesak nafas akibat dari terlalu banyak cecair / lendir jernih di dalam salur pernafasan. Lendir ini akan menyebabkan oksigen tidak lancar masuk ke dalam paru-paru , lubang semakin sempit dan akan mengeluarkan bunyi desir yang tidak menyenangkan terutama pada waktu malam

    Asma adalah keadaan di mana terdapat keradangan kronik pada saluran pernafasan. Apabila terdedah pada sesetengah penyebab alahan, saluran pernafasan membengkak dan sempit, menyebabkan gejala asma.

    Mereka yang menghidapi asma mengalami penderitaan pada kadar purata tiga hingga lima hari bagi setiap serangan akut di mana asma mereka tidak terkawal. Kenyataannya, lebih kurang 20 episod serangan asma dialami oleh setiap orang dewasa setiap tahun.

    Ini mungkin kelihatan sedikit, namun serangan ini amat melesukan bagi seorang pesakit asma yang terpaksa ditahan di hospital dan menyebabkan aktiviti harian mereka terganggu.

    Punca
    Salah satu punca banyaknya cecair dan lendir di dalam salur nafas ialah perubahan cuaca, asap dan bau di persekitaran. Perubahan cuaca tidak dapat diatasi. Tetapi pesakit asma boleh mengelak daripada terkena angin kipas dan air con.
    Kebanyakan penghidap asma mengalami gejala-gejala tertentu sebelum serangan berlaku. Namun masalahnya, mereka terlampau bergantung kepada alat penyembur pelega berwarna biru, sehingga mengabaikan alat sedut pencegah. Penghidap asma perlu memahami bahawa kedua-dua ubat pencegah dan pelega diperlukan untuk kawalan asma yang betul.

    Kedua—duanya mempunyai fungsi tersendiri dan tidak boleh ditukar ganti, dan inilah sebabnya kenapa ramai yang bergantung sepenuhnya kepada alat sedut pelega biru tidak melihat sebarang perubahan pada keadaan mereka.

    Ubat pencegah merawat punca keradangan, dan patut digunakan setiap hari bagi tujuan pencegahan. Alat penyembur pelega berwarna biru hanya digunakan apabila perlu - selalunya apabila saluran pernafasan menjadi sempit untuk kelegaan cepat.

    Adalah penting untuk mengingati bahawa alat penyembur biru tidak merawat keradangan, dan pergantungan melampau tidak akan membantu pengawalan asma.

    Pengurusan asma yang betul memerlukan para penghidapnya menggunakan kedua-dua ubat kerana merawat keradangan adalah langkah perlu dalam mengawal asma agar serangan dapat dicegah.

    Ramai pesakit gagal memahami kepentingan menggunakan kedua-dua ubat sebagai sebahagian pengurusan asma mereka. Ramai pesakit tidak dapat membezakan fungsi ubat yang berlainan warna, dan penggunaan pelbagai ubat mengelirukan sesetengah mereka.

    ubat
    Ubat asma ialah inhaler iaitu ubat yang disedut dari pam yang berharga RM10.00 yang boleh dibeli di farmasi. Antaranyanya jenama Astalin inhaler ( RM10.00), Bricanyl inhaler( RM25.00) dan Ventolin inhaler ( RM17.00).

    Bukan Tentang Perubatan Sahaja

    Pesakit asma boleh mengharapkan kelegaan segera, kawalan asma yang lebih baik serta peningkatan kualiti hidup bagi jangka masa panjang. Akan tetapi, beberapa perubahan kecil mampu merubah pelbagai keadaan.

    Para pesakit asma boleh mempraktikkan beberapa langkah mudah untuk membantu dalam kawalan asma mereka:



    • Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu - setelah mendapat diagnosis yang betul, barulah terapi pengurusan asma yang terbaik bagi seseorang pesakit dapat disyorkan.
    • Awasi gejala asma anda - kenali gejala asma anda dengan baik serta perhatikan reaksi tubuh anda. Bertindak segera untuk mengawal asma anda.
    • Kenali ubat-ubatan anda - patuhi nasihat doktor mengenai perubatan asma, dan bila anda perlu mengambilnya. Anda boleh memudahkan pengurusan asma anda dengan mengguna turbuhaler merah cara SMART dan bukan pelbagai alat sedut.
    • Jauhi faktor-faktor cetusan asma - asma adalah penyakit yang berubah-ubah; banyak faktor boleh mencetuskan serangan, oleh itu awasi punca serangan anda. Adakah ia asap rokok, habuk, pencemaran atau sesetengah jenis makanan?


    Alternatif


    • Banyakkan minum air panas agar lendir akan cair dan keluar. Sedut inhaler lama-lama agar lendir membeku dan terbatuk keluar.
    • Wap air panas dengan krim Vick ke hidung.
    • Duduk di tepi tingkap dan dapatkan udara yang segar dan bersih,
    • Kurangkan bercakap dengan sesiapa. Tenangkan fikiran kerana jika risau, lendir akan semakin banyak.


    Elakkan


    • Jika anda ada memelihara kucing, anjing, arnab dan lain-lain binatang, buanglah atau beri kepada orang lain. Ini kerana anak anda cukup sensitif kepada bulu binatang. Najis kucing amat busuk dan hidung pesakit sensitif kepada sebarang bau. Bau ini akan menyebabkan saluran nafas tersumbat.
    • Galakkan anak anda bersenam / joging secara terkawal tetapi jangan berlebihan. Pastikan baju dan pakaian bersenam yang bersih.
    • Tanda-tanda asma dimulai dengan selesema dan boleh datang bila-bila masa sahaja terutama waktu senja. Pastilah di rumah anda 'standby' dengan ubat selesema seperti Clarinase ( RM 10.00 satu paket) atau lain-lain ubat. Simpan sebotol Vick di rumah ( RM7.00 sebotol).
    • Mandi janganlah lama-lama dan elakkan mandi sesuka kati. Sebaliknya basahkan kaki terlebih dahulu dan lap-lap sahaja di bahagian kepala , muka dan tengkuk. Suhu sejuk di bilik air akan mengundang asma jika terlalu lama berada di dalam air. Mandi dengan air suam lebih baik.
    • Bilik tidur mestilah adap pengudaraan yang baik dan bersih. Pastikan ada tingkap , katil tepi tingkap dan berada dekat tingkap supaya dapat menyedut udara bersih.
    • Habuk, asap, jerebu , bau dan seumpama hendaklah dielakkan . Oleh itu jangan suruh anak anak menyapu sampah dan mengemas buku-buku atau permukaan yang berhabuk.


    Pada tahap yang kronik asma boleh menyebabkan kematian..anda bole mengawalnya.
    warna_hot
    warna_hot
    Laftenen
    Laftenen


    Female
    Number of posts : 409
    Age : 39
    Location : petaling jaya selangor
    Popular :
    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Left_bar_bleue200 / 100200 / 100INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-13

    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Empty MARI NAH KITA DIET..!!!!

    Post by warna_hot Wed Jul 16, 2008 11:23 am

    geng2 kalau mau diet cuba menu ni direkomen oleh slim world


    1. 10 days high protein [color:ffae=red! important][color:ffae=red! important]diet
    TO AVOID SUGAR (CAKES, SOFT DRINKS, FRUITS, KUIH)
    OILY/DEEP FRIED
    CARBOHYDRATES
    (RICE, NOODLES, BISCUITS, BREAD)

    BREAKFAST : ONE CUP OF SKIM MILK
    LOW FAT MILK
    1 OR 2 HARD BOILED EGG
    OR SCRAMBLE EGG OR
    SAUSAGES
    DRINK ONE LARGE GLASS OF WATER

    LUNCH : ANY AMOUNT OF VEGETABLE
    SALAD WITH NO DRESSING OR
    YONG TOW FOO OR STEAM CHICKEN WITHOUT SKIN OR FISH BALL SOUP
    DRINK ONE LARGE GLASS OF WATER

    DINNER : NO LIMIT OF VEGETABLES (STIR FRIED IS OK)
    STEAM BEANCURD WITH CHICKEN OR GRILL FISH OR LEAN MEAT / VEGETABLE SOUP

    You are advised to have your dinner at 3 hours before your bed time.
    You may follow this high protein diet for not more than 14 days consecutively. After which, some intake of carbohydrates is recommended.

    2. 10 days low carbohydrates diet
    TO AVOID SUGAR ONLY

    BREAKFAST : LOW FAT MILK OR SKIM MILK
    WHOLE MEAL BREAD OR
    OATS OR BISCUITS
    DRINK ONE LARGE GLASS OF WATER

    LUNCH : CHICKEN / FISH PORRIDGE
    OR FISH BALL NOODLES SOUP
    WANTON NOODLE SOUP / DRY OR
    NO LIMIT OF VEGETABLES OR
    YONG TOW FOO
    ONE APPLE OR ORANGE OR GUAVA OR PAPAYA
    DRINK ONE LARGE GLASS OF WATER

    DINNER : HALF BOWL OF RICE
    NO LIMIT OF VEGETABLES
    CHICKEN OR FISH GRILL OR STEAM
    VEGETABLE /LEAN MEAT SOUP
    ONE APPLE OR ORANGE OR GUAVA OR PAPAYA

    kalau mau try nie mesti ada disiplin yang kuat tau!!! no matter during the prosess nor after the prosses!!!
    lily_lady2326
    lily_lady2326
    Sabahan Addict!
    Sabahan Addict!


    Female
    Number of posts : 2717
    Age : 33
    Location : di saaaaaaNa~
    Popular :
    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Left_bar_bleue7 / 1007 / 100INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-20

    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Empty Re: INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!!

    Post by lily_lady2326 Sun Aug 17, 2008 8:51 pm

    affraid sub crew... sy ada terdengar cgu sy cakap kalu asma makan tu hempedu kelawar... Smile

    tp nda taulah sejauh mana keberkesanan dan kesahihan dia....

    Very Happy adakah cara-cara untuk tmbah berat badan warna? adehh nda seimbang bah BMI sy ni.. mmg tol2 cam lidi... :-@ lol!
    lutau
    lutau
    Kapten
    Kapten


    Female
    Number of posts : 1619
    Age : 44
    Popular :
    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Left_bar_bleue100 / 100100 / 100INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-12

    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Empty Re: INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!!

    Post by lutau Sun Aug 17, 2008 11:04 pm

    bounce eksisaisss aja dong! gak pyh d luar, dlm rmh jua bisa deh..buat aktibiti "push-up" tuk kempeskan peyut yg sumil gtu..ahakss! bounce ataupun pasang lagu disko then nari poco2 ahh..bounce kompem hangus terbakar tu lemak2 suma... wakakakakakak

    lol!
    einn____
    einn____
    Sabahan Addict!
    Sabahan Addict!


    Female
    Number of posts : 1011
    Age : 38
    Popular :
    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Left_bar_bleue500 / 100500 / 100INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-15

    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Empty Re: INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!!

    Post by einn____ Tue Sep 16, 2008 5:00 pm

    lol! sokong ko lutau..
    tp, lau nak yg lebih meriah..p la jogging kat taman, jgn lupa bw kwn tau..bahaya tu lau p sorang²
    habis jog, leh wat sit up..suruh kwn pgg kaki kita, pastu ganti² la..bukan takat dpt kempiskan perut,tp, friendship pun makin mekar.. Laughing hampir2 kluar tajuk da ni..wakakaka


    Last edited by einn____ on Tue Sep 16, 2008 5:14 pm; edited 1 time in total
    einn____
    einn____
    Sabahan Addict!
    Sabahan Addict!


    Female
    Number of posts : 1011
    Age : 38
    Popular :
    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Left_bar_bleue500 / 100500 / 100INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-15

    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Empty Re: INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!!

    Post by einn____ Tue Sep 16, 2008 5:14 pm

    Laughing oh ya..sapa2 yg nak jogging, ble jog 3 kali seminggu, dalam 20-30 minit setiap kali jog..mmg confirm berkesan..hehehe, dulu², sa selalu amalkan, mmg nmpk kesannya Laughing lau xpun, leh jaga dr aspek mknn, macam yg warna hot cdgkan kat atas..hehehe
    lily_lady2326
    lily_lady2326
    Sabahan Addict!
    Sabahan Addict!


    Female
    Number of posts : 2717
    Age : 33
    Location : di saaaaaaNa~
    Popular :
    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Left_bar_bleue7 / 1007 / 100INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-20

    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Empty Re: INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!!

    Post by lily_lady2326 Sun Sep 21, 2008 10:10 am

    Sad kami selalu latihan 2.4km tp suma ahli kelas nda juga pandai kurus~ makin berisi adalah hahahhahaha~

    sebab selalu ponteng p.j hahhahahahhaa :-@ adehh~
    einn____
    einn____
    Sabahan Addict!
    Sabahan Addict!


    Female
    Number of posts : 1011
    Age : 38
    Popular :
    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Left_bar_bleue500 / 100500 / 100INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-07-15

    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Empty Re: INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!!

    Post by einn____ Tue Sep 23, 2008 9:43 pm

    Laughing duina lily..pesan kat kwn kelas ko, lau lari, lari btul², jgn sambil lari, smbil bercerita, lau tu, mmg kompom x nmpk kesannya..
    :::miss ezora:::
    :::miss ezora:::
    Sarjan
    Sarjan


    Female
    Number of posts : 117
    Age : 35
    Location : depan laptop=p
    Popular :
    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Left_bar_bleue500 / 100500 / 100INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Right_bar_bleue

    Registration date : 2008-09-06

    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Empty Re: INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!!

    Post by :::miss ezora::: Sun Oct 26, 2008 4:21 am

    aku kurus Shocked petua ni x ssuai utk aku Crying or Very sad

    Sponsored content


    INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!! Empty Re: INFO-SIHAT:mengurangkan gemuk!!

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Mon May 20, 2024 1:32 am